Tabung Masa Depan

Tuesday, October 19, 2010

Diet Oh Diet!

Assalamualaikum semua... :)

Disebabkan mood sekarang tengah berkira2 nak diet, saya nak buat entry pasal diet pulak la..sebenarnya, saya ada 1 buku pasal diet2 ni..Konon2 nak jdkan sumber inspirasi supaya rajin berdiet la kan.. Tapi apakan daya, sekarang ni memang tak mampu..Tapi tak apa. Saya rasa info ni mungkin berguna buat rakan2 yang juga teringin nak berdiet macam saya. Mungkin lepas ni saya akan kongsikan beberapa info pasal diet ni lagi... :)

Apa yang saya nak kongsikan sekarang ialah mengenai mitos dan fakta tentang diet. Korang mesti selalu dengar benda ni cuma kurang pasti kesahihannya kan? Meh saya kongsikan...

MITOS: Karbohidrat Menggemukkan??
Faktanya: Memang la karbohidrat ni boleh menaikkan berat badan kalau kita ambil dia secara berlebihan kan. Macam jugak jumlah kalori, kalau kita ambil secara berlebihan, dia boleh juga menyebabkan kegemukan. Sebenarnya kalau korang nak tau, wanita berumur 10 hingga 45 tahun  perlukan lebih kurang 1320 kalori dalam sehari. Ia bersamaan dengan 3/4 cawan nasi (bukan 1 pinggan besar ye..) 2 ke 3 keping roti putih atau 2 biji kentang sederhana besar. Itu je...tapi karbohidrat ni sebenarnya penting tau. Jangan la tak ambil langsung sebab dia la yang bekalkan tenaga kat kita..

MITOS: Jauhkan Semua Lemak!
Fakta: Sebenarnya, kita tak boleh la takut dengan semua jenis lemak. Apa yang saya tau, lemak ni sebenarnya berguna untuk tubuh kita tapi kita kene la ambil dalam jumlah yang tepat. Tak terlebih2..Sebenarnya pengambilan lemak ni boleh buat tubuh kita kelihatan lebih lansing kalau kena dengan caranya. (takdelah nampak mcm tengkorak hidup kalau kurus sangat...)

MITOS: Untuk mudah turunkan berat badan, Anda perlu lakukan aerobik?
Fakta: Kita selalu tengok mak-mak kita, atau makcik-mak cik kita gi aerobikkan?? konon2 nak selim melimkan badan diorang la.. inisiatif yang bagus. Tapi sebenarnya,semua latihan yang melajukan degupan jantung (dari berjalan sampai menari) dapat membakar kalori dan menurunkan berat badan kita dengan cepat. Jadi kepada siapa yang nak diet tu, Kalau malas sangat nak gi aerobik ke, joging ke, kena la amalkan selalu berjalan. Saya rasa saya pon nak try jugak. Gi kelas berjalan, gi bandar kajang pon jalan kaki jek.Tapi tak boleh la. Bukan apa..saya kesian dengan motor saya tu. Siapa lagi yang nak sayang dia kalau bukan tuan dia sendiri? betul tak? Tapi korang yang nak kurus, sila la ikut cara ni..oh ye! lagi satu...latihan angkat beban(dumbell) pon boleh kurangkan berat badan jugak..."kalau nak angkat berat cam malek noor tu boleh tak?" tu cerita lain...kang badan korang jadi ketol2 saya tak tanggung...

MITOS: Diet tinggi protein mempercepatkan penurunan berat badan.
Fakta: memang la kalau kita lakukan diet tinggi protein dan kurangkan pengambilan karbohidrat, berat akan cepat turun. Ni semua sebab banyak kandungan air dalam badan kita yang terbuang. Adalah sebab2 saintifik dia tapi saya malas pulak nak cerita.Yang penting korang tau basic sudah. Point yang penting yang saya nak sampaikan kat sini, penurunan berat badan hasil diet tinggi protein ni sebenarnya bersifat sementara je. Bila kita kembali pada pola pemakanan yang biasa, maka berat badan kita pon akan kembali pada yang sediakala..Hem..rumitkan nak jaga badan ni???

Macam mana? Ok tak? rasanya tak cukup lagi tips2 ni..nanti saya tambah lagi ye...

Semoga Berjaya!

No comments: